Thursday, 4 July 2013

.krikk krikk.


Tuan tanah in the house !!
weeee~~~

Aku kan kadang kadang terpikir. You know sekarang I dah 21 years old kan. Banyak benda jugak aku pikir ni sebenarnya. hahaha. Salah satunya pasal pangkat dalam panggilan. Bunyi macam mengarut. tapi korang tak penah ke pikir ?

ADIK. 20 tahun dulu boleh lah nak pangkat adik bagai. Adik fara~ adik fara~ kah3. Masa sekolah sekolah kalau kena panggil ambik hadiah kat pentas,

 "seterusnya, adik Nur Farahana Norazman...."

 pastu dengan penuh tatatertib 'adik Nur Farahana' ni pun naik lah ambik hadiah.

tapi kan, masa sekolah menengah rasanya form 3 kot. Time tu acah acah dah besar dah. Aku tak di sangka sangka menang main congkak. haha! aku main congkak weyh~ Cikgu yang jadi mc masa tu pun panggil..

 ' Adik Nur Farahana Norazman..'

hah! kau tahu sekali tu 'adik' yang disebut tadi punya lah gedabak beso. Time tu aku rasa nak nyorok muka masuk poket je taww! Dah besa gabak dipanggil adik. Sungguh tidak sesuai.

KAKAK. Aku ni terkenal dengan kegiant-an nya masa sekolah rendah dulu. Budak perempuan setinggi 163 cm. Kalah lelaki. heh! Contoh lah kat pasa. Tengah belek belek barang org yang jual tu kata

"ye kak.. nak yang macam mana.."

time tu pun aku rasa macam.. grrr.. i'm only 12 years old! tak nampak ke muka baby face aku ?! err.. baby... face???



KRIKK KRIKK... KRIKK KRIKK...



MAK CIK/AUNTY. Buat masa sekarang ni aku tak pernah lagi lah kena panggil macam tu. Memandangkan aku first diberanakkan dan tiada seorang pun sepupu sepapat aku yg dah beranak makanya tak ada lah jadi mak ciknya. oh ! Dan kawan kawan aku pun tak ada yang beranak lagi. hmmm. Kawan kawan beranak lah cepat~ Teringin jugak nak dengar budak budak panggil

"Acik fara~ aunty fara~ "

NENEK. kalau mak cik pun idok pernahnya nenek apatah lagi. Tapi mungkin 30 tahun akan datang. Jika dipanjangkan umur oleh Yang Maha Esa dan ada rezeki mungkin boleh jadi kenyataan. Amin.

"Nenek fara~"

hmmph! Ini lah alkisah aku si pemikir hebat ni. haha.

aku kata : Aku ingat lolipop ni perasa cola. Sekali anggur rupanya. Tertipu tipah!