Tuesday, 23 April 2013

Air Masak


Ada 3 sebab utama kenapa org minum air masak.

SAKIT. sakit kat sini termasuklah sakit tekak, demam, batuk, selesema dll. Demi kondisi *cewaahh kondisi siap yang tak mengizinkan makanya kenalah minum air masak je.. terpaksa dilupakan milo ais, teh ais, fresh orange, cool blog dll.

MALAS. Ini pun boleh kira penyakit jugak ni. Selalunya air selain air masak kena di buat. Bubuh gula, sirap, ais baru jadi. Tapi kalau air masak tk payah gula susu bagaian tuang dalam cawan minum. Kalau malas tuang  dalam cawan, gogok aje terus dari cerek tu ha. Mudah, pantas, jimat ! 

KESIHATAN. Ini lah sebaik baik sebab. Bagus sebenarnya air masak ni. Tak menjejaskan kesihatan. haa. Semua pun tahu air masak banyak khasiat. Oleh yang demikian, minumlah banyak banyak banyak air masak. ok.

Ini air masak. Nama lain , air putih, air jarang, sky juice , dll.

aku kata : sebenarnya sekarang ni aku jatuh dalam kategori number 2.. kekeke^^

Sunday, 21 April 2013

TAMAT


percaya tak aku dah habis diploma !! akhirnya kan.. siapa sangka penantian selama 6 sem dah pun sampai ke garisan penamat.. haa..

itu lah.. rasa pantas betul masa berlalu..

rasa macam baru semalam aku dapat offer dip kat UiTM Machang..
rasa macam baru semalam kitorang (aku bel jue) gelabah gelabah sebab tiket tren tk beli lagi..
rasa macam baru semalam aku jawab final test yang pertama..
rasa macam baru semalam aku kena tendang kolej n jadi NR..
rasa macam baru semalam aku makan kat kedai mamat sepah...
rasa macam baru semalam kami 4 beradik g pasa malam beli nasi air..

berpuluh puluh lagi macam semalam yg aku rasa..

sedih bercampur gembira bila nak tinggalkan tempat yg pernah jadi rumah kedua untuk aku..
apa apa pun hidup masih diteruskan.. ye lah ada pertemuan disebabkan adanya perpisahan.. dah berpisah mana nak ada pertemuan balik kan.. gitu ha..

semoga akan datang menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita semua.. amin..

bye bye diploma~

aku kata : masih banyak yang perlu ditempuhi pada masa depan.. lalalalala~