Tuesday, 23 April 2013

Air Masak


Ada 3 sebab utama kenapa org minum air masak.

SAKIT. sakit kat sini termasuklah sakit tekak, demam, batuk, selesema dll. Demi kondisi *cewaahh kondisi siap yang tak mengizinkan makanya kenalah minum air masak je.. terpaksa dilupakan milo ais, teh ais, fresh orange, cool blog dll.

MALAS. Ini pun boleh kira penyakit jugak ni. Selalunya air selain air masak kena di buat. Bubuh gula, sirap, ais baru jadi. Tapi kalau air masak tk payah gula susu bagaian tuang dalam cawan minum. Kalau malas tuang  dalam cawan, gogok aje terus dari cerek tu ha. Mudah, pantas, jimat ! 

KESIHATAN. Ini lah sebaik baik sebab. Bagus sebenarnya air masak ni. Tak menjejaskan kesihatan. haa. Semua pun tahu air masak banyak khasiat. Oleh yang demikian, minumlah banyak banyak banyak air masak. ok.

Ini air masak. Nama lain , air putih, air jarang, sky juice , dll.

aku kata : sebenarnya sekarang ni aku jatuh dalam kategori number 2.. kekeke^^

No comments:

Post a Comment