Tuesday, 24 April 2012

kisah unta

penah dengar tk cerita ni....

pada zaman dulu2 kala.. ada la anak, bapak dia, dengan sekor unta. deorang tengah on the way nak balik rumah.. ntah mana peginya tak taw la plak dek aku nye haa...

lepas tu three four and six, deorang ni plak kalo nak balik kene la lalu beberapa kawasan..kisahnya dekat kawasan yg pertama deorang terserempak dengan sorang mak cik ni.. tiba2 mak cik tu pun cakap..

'apa lah korang ni anak beranak.. unta tu ada gunakanlah.. yg p jalan kaki tu pasai pa.. bodoh sungguh la..'

laser kan mulut mak cik ni.. tapi dalam diam si bapak ni berkata dalam hati.. tak terpikir kan?? jadinya beliau pun bagilah anaknya menunggang unta tersebut.

perjalanan di teruskan..

sampai di kawasan kedua.. deorang bertembung pulak dengan sorang pakcik.. pak cik tu pun cakap..

'wahai la anak.. apsal lah kau bia kan bapak kau tu jalan kaki.. kau pulak duduk tunggang unta tu.. tak kesian ke kat bapak tu..'

shock dengan teguran pak cik tu si anak turun jalan sama2 ngan unta tu.. bapak plak take over atas unta..seronok dia..!

jalan dan jalan.. anak beranak tadi lalu depan kedai..
orang kedai tu pun nak busy body..

'wahai la bapa.. apsal lah kau bapak kan anak kau tu jalan kaki.. kau pulak duduk tunggang unta tu.. tak kesian ke kat budak tu..'

bapak tadi plak baru terpikir.. haah kan.. logis jugak tu.. kesian anak aku.. lalu anak tadi pun naek unta bersamae bapak.. skg dua2 atas unta..

dah nak sampai rumah ni... tapi terserempak pulak dengan sorang wanita yg gayanya ala2 pencinta unta.. lalu berkata..

'kesiannya unta ni.. letih dia kan nak bawak sampai dua org kat atas dia.. siap kena bawak barang lagi..'

deorang pun terpinga2.. anak pandang bapak, bapak pandang anak.. ye la ha.. dari tadi ada je yg salah dimata semua orang.. si bapak turun.. si anak turun.. bapak pun dengan bijaknya pi pikul unta yg kononnya di katakan penat tu..

tp orang masih berkata..

'apa ke pelik pak cik ni.. selalu unta yg bawak orang.. ni oarang plak bawak unta.. gila ke ape..'

kesudahannya aku pun tak taw dgn cara apakah anak beranak tadi sampai rumah..

nampak tak.. walau apa pun yg kita buat orang tk kan berenti bagi komen.. apa deorang egt ni mentor ke nak komen2.. satatus fb ke nak comment2.. orang tak kan berenti bercakap.. bukanlah bermaksud nak kata buat derk je dgn kata2 orang.. mendengar tu boleh tapi kene pandai... orang mungkin tak tahu situasi sebenar.. hanya kita yg taw.. so, buat la apa yg kita rasakan terbaik untuk kita..

lagi satu, aku pun tak paham apa ke banyak sangat org busy body kat tempat anak beranak ni..
orang pun.. nak menegur bukan macm tu caranya.. bahasa tu jaga la sket.. nak sibuk sangat hal org buat apa kan.. nak jaga kedai tu jaga je la.. sebok plak duk usha unta orang.. kann...

deorang pun satu hal jugak.. tak boleh ke nak pk dulu.. pi pikul unta tu apa jadahnya la.. kalo unta tu boleh cakap dia pun kata bapak tu gila.. kalo aku nampak pun aku kata pak cik gila..


Adakah ini untanya??? masih lagi menjai misteri.......
aku kata : teringin pulak nak naek unta..
 

2 comments:

  1. aq suke dengan cte ko neyh weyh.. ;))

    ReplyDelete
  2. hehe.. boleh masuk pertandingan bercerita kan aku.. oho..

    ReplyDelete