Sunday, 30 December 2012

Ika


Post kali ni aku tujukan khas buat Ika aka Nur Farah Atiqah bt Norazman..
begini.. aku anak sulung dia second.. jadinya masa zaman purba kala dahulu banyak benda2 yang aku rasa aku kena mintak maaf dari dia.. haahaa..

ika,
aku mintak maaf gegila kat kau sebab...

aku pernah conteng muka kau guna kaler magic sampai tak oleh basuh..konon maen mekap2.. lepas tu aku pi sental muka kau dalam bilik air.. kau nangis.. mesti sakit kan.. haahaa..

ingat tak masa kita pergi sunway lagoon masa satu hari tu.. aku tersilap bawak dua2 baju.. maka kau terpaksa pakai spendoo aje sebab seluar kau aku pakai..

dulu kalau kau menangis, aku mesti hulur pembaris besi yang panjang tu kat mak untuk tujuan menyenyapkan kau.. haha..

satu hari tu kita main patung kertas sama2.. tak tahu kenapa ada yang buat aku bengang dgn kau lalu aku dgn sekuat tenaga masa tu pukul kaki kau.. kau menangis balik rumah..tapi jangan risau, aku pun kena bahan dgn mak lepas tu..

aku ajak kau main main kat luar sampai maghrib.. sudahnya mak kunci pintu.. lalu kau dgn aku amek keputusan tidur dalam kereta nak tunggu ayah balik mintak belas ihsan dia pulak.. tapi dont worry kita berjaya masuk jugak..

dulu kalau nak mak buatkan air milo aku selalu cakap kat mak pakai secret word.. bukan kedekut tapi tak nak kau mintak sekali.. kau bukan minum pun..

dan baru baru ni kau bertanyakan aku pasal prinsip akaun.. walaupun aku nama aje budak banking dan aliran akaun masa sekolah dulu aku tetap tak boleh aja kau..terpaksa lah dgn susah payahnya kau belajar sendiri.. *ketuk kepala sendiri

haa.. rasa dalam banyak2 hal yang aku buat kau itu lah yg paling bersalah sekali.. mohon kau mengerti niat dan tujuan aku ketika bukan untuk menyakiti apa lagi memalukan kau.. apa apa pun barang lepas jangan dikenang.. aku tahu kau pun mesti banyak buat salah dgn aku kan.. *angkat kening angkat kening..

adik aku~


aku kata : untuk adik adik number 3, 4, dan 5, jangan khuatir.. nanti aku post cerita pasal korang pula.. ^^



No comments:

Post a Comment